Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

126) TANAH KERAJAAN YANG DILUPUSKAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah kerajaan yang telah dilupuskan pada tahun 2024.

    Pada tahun 2024 sebanyak 463 kelulusan pelupusan secara pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Namun begitu, jumlah hakmilik yang didaftarkan berkemungkinan tidak selari dengan jumlah kelulusan yang diberikan mengambil kira pembayaran premium ke atas kelulusan tersebut melalui Borang Notis 5A yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah berkaitan .

     

       NO.  

    DAERAH

    BILANGAN TANAH YANG DILUPUSKAN
    1. PETALING 59
    2. KLANG 69
    3. HULU LANGAT 68
    4. GOMBAK 66
    5. KUALA LANGAT 12
    6. KUALA SELANGOR 40
    7. HULU SELANGOR 67
    8. SEPANG 23
    9. SABAK BERNAM 59
  2. Senaraikan bagi setiap tanah tersebut senarai pemilik, keluasan tanah dan premium yang dibayar.

    Surat Kelulusan dan Notis 5A bagi setiap kelulusan pelupusan secara pemberimilikan tanah Kerajaan dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah berkaitan. Sehubungan dengan itu, senarai maklumat tersebut boleh diperolehi dengan berurusan terus dengan PDT yang berkaitan dengan mengemukakan permohonan secara rasmi bagi mendapatkan senarai tanah-tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.