Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

121) PROGRAM GANTIAN DAN SOLUSI UNTUK WARGA EMAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program gantian dan solusi yang disediakan oleh kerajaan untuk warga emas yang mencapai umur 60 tahun, terutamanya bagi mereka yang tidak dapat memohon SMUE?

    Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksanakan Kajian Warga Emas bagi mengenal pasti keperluan sebenar warga emas di Selangor terutamanya dalam aspek kesihatan, sosial dan ekonomi. Hasil kajian ini akan membantu Kerajaan Negeri menetapkan dan menambah baik dasar, mengenal pasti dan merangka inisiatif dan program serta peruntukan yang lebih holistik dan tuntas iaitu berasaskan keperluan populasi warga emas di Negeri Selangor.

  2. Adakah kerajaan menggunakan kaedah SMS blasting untuk memaklumkan warga emas tentang program bantuan dan maklumat penting, memandangkan kebanyakan mereka kurang mahir dalam teknologi?

    Soalan (b) dan (c) akan dijawab bersekali.

     

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan maklumat mengenai program bantuan sampai kepada golongan sasar. Penggunaan SMS blasting merupakan salah satu kaedah utama dan efektif yang digunakan oleh Kerajaan Negeri kerana mesej dapat dihantar serta merta kepada ribuan penerima dalam masa yang singkat selain warga emas mudah memahami informasi yang diberikan disebabkan mesej yang dihantar melalui SMS pada kebiasaannya adalah pendek dan jelas. Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha menggunakan pelbagai saluran komunikasi yang sesuai untuk memastikan warga emas mendapat maklumat diperlukan.

  3. Apakah langkah lain yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan maklumat bantuan dan program untuk warga emas sampai kepada mereka secara efektif?

    Soalan (b) dan (c) akan dijawab bersekali.

     

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan maklumat mengenai program bantuan sampai kepada golongan sasar. Penggunaan SMS blasting merupakan salah satu kaedah utama dan efektif yang digunakan oleh Kerajaan Negeri kerana mesej dapat dihantar serta merta kepada ribuan penerima dalam masa yang singkat selain warga emas mudah memahami informasi yang diberikan disebabkan mesej yang dihantar melalui SMS pada kebiasaannya adalah pendek dan jelas. Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha menggunakan pelbagai saluran komunikasi yang sesuai untuk memastikan warga emas mendapat maklumat diperlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.