Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

116) PROGRAM LITERASI DIGITAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Negeri telah mempertimbangkan untuk menawarkan program literasi digital kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan?

    SIDEC

    • Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui SIDEC Sdn Bhd telah melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan program literasi digital yang memberi tumpuan khusus membantu pembangunan serta perkembangan peniaga serta komuniti tempatan di Negeri Selangor antaranya:

     

    1. Selangor 1000 Digital

    Selangor 1000 Digital merupakan sebuah program bertujuan untuk mendigitalisasikan usahawan di Selangor secara tuntas melalui 5 siri kempen yang dilaksanakan secara berfasa di setiap zon daerah di Negeri Selangor seperti Shah Alam, Cyberjaya, Sungai Besar, Kajang dan Selayang. Kempen ini akan memberikan fokus kepada memperkasakan dan melahirkan 500 usahawan dengan teknologi penyelesaian e-dagang & digital yang membuka potensi tumbesaran usahawan serta 500 hos penstriman langsung (live seller) yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital. Seramai 1,620 orang jumlah peserta telah menyertai program ini merangkumi keseluruhan di 5 daerah yang dilaksanakan pada tahun pertama pelaksanaan dan disertai 26 buah rakan kerjasama serta pempamer di setiap siri jelajah. Kejayaan program ini turut dibantu dengan anjuran bersama oleh Pejabat EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) melalui program Platform Selangor (PLATS).

     

    1. Malaysia Top E-Commerce Merchants Award (Top ECM)

    Top ECM merupakan sebuah program tahunan untuk mengiktiraf peniaga e-dagang tempatan yang melaksanakan inovatif perniagaan terbaik. Para peserta akan dinilai berdasarkan produk, platform, promosi, potensi perniagaan serta hasil jualan serta tempahan yang dicapai sepanjang tempoh 3 bulan kempen program sebelum hari penyampaian anugerah kepada peserta terbaik yang dinilai oleh para barisan juri berpengalaman dan pakar dalam industri. Semenjak tahun 2016 pelaksanaan program, sebanyak 1,602 peniaga telah diperkasa dan telah mencatatkan jumlah GMV sebanyak RM368 juta dihasilkan. Pelaksanaan program pada tahun ini merupakan edisi ke-10 dengan kerjasama TikTok Shop, platform yang mengintegrasikan AI dalam livestream commerce dan telah dirasmikan pada 6 Februari 2025 yang lepas dan majlis anugerah kepada para peserta yang terbaik dijangka akan dilaksanakan pada bulan April 2025.

     

    • Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX)

    ECX merupakan sebuah program latihan intensif selama empat bulan dalam keusahawanan digital bagi memacu pertumbuhan usahawan e-dagang tempatan. Program ini telah bermula semenjak tahun 2023 dan sebanyak 80 buah syarikat telah menerima manfaat melalui penyertaan program dimana para peserta didedahkan kepada AI dalam pemasaran digital dan jualan e-dagang. Sebanyak 10 usahawan e-dagang yang terbaik berpeluang untuk menonjolkan perniagaan mereka kepada panel syarikat pemodal teroka (Venture Capital) dan pakar industri melalui sesi pitching dan final demo day yang dijalankan di setiap siri kohort. Pelaksanaan program pada tahun 2025 atau kohort 3 menyasarkan penyertaan sebanyak 50 buah usahawan e-dagang serta sasaran GMV sebanyak RM25 juta yang dijangka akan bermula pada bulan Mei hingga Ogos 2025.

     

     

    PLATS
    Platform Selangor (PLATS) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu peniaga di seluruh Selangor terutamanya penjaja dan usahawan mikro bagi mengadaptasi era digitalisasi dengan harapan tiada yang ketingalan.

     

    PLATS menyediakan direktori digital bagi peniaga kecil dan penjaja  untuk memudahkan mereka mencapai lebih ramai pelanggan melalui teknologi.

     

    PLATS juga menawarkan program U-PLATS Digital iaitu kerjasama MBI dan Selangor Youth (SAY) yang merupakan sebuah program latihan pembangunan usahawan yang di jalankan di 12 Pihak Berkuasa Tempatan Selangor untuk komuniti Selangor. Setiap PBT di beri kuota 30 peserta.

     

    Siri pertama seramai 360 orang peserta telah menyertai program ini dan siri kedua juga seramai 360 peserta telah menyertai program ini.

    Bagi siri ke-3 akan di laksanakan pada September 2025.

     

    Penyertaan Dalam U-PLATS Digital telah membantu peniaga kecil memahami dan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan jualan dan daya saing.

     

  2. Bagaimanakah kerajaan Negeri merancang untuk membantu penduduk memahami dan membezakan kandungan AI seperti imej dan video palsu?

    Perkara ini adalah dibawah bidang kuasa dan tadbir urus Kementerian Komunikasi. Dalam hal ini, kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan peringkat persekutuan.

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan akses kepada bengkel dan sumber literasi digital di seluruh Negeri?

Lampiran

Tiada Lampiran.