Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
114) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang tidak mempunyai JMB/ MC di kawasan DUN Balakong.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod yang disediakan oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), sebanyak 24 pangsapuri tidak mempunyai badan pengurusan atau JMB/MC di kawasan DUN Balakong. Senarai pangsapuri-pangsapuri yang tidak mempunyai JMB/MC di kawasan DUN Balakong adalah seperti di lampiran.