Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

112) TAHUN MELAWAT SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan insentif yang disediakan kepada pertubuhan-pertubuhan bagi membangunkan sektor pelancongan domestik.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan geran sebanyak RM200,000.00 kepada pemain industri pelancongan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Setiap pemain industri akan menerima geran sebanyak RM10,000.00. Berikut adalah senarai Penerima Geran Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 bagi fasa pertama:

    Bil. Nama Organsasi
    1. Persatuan Hotel Budget Malaysia Selangor
    2. Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Selangor (MAH Sel)
    3. Malaysia Association of Hotel Owners
    4. Malaysia Association of Tour and Travel Agents Selangor (MATTA Selangor Chapter)
    5. Persatuan Pemandu Pelancong Selangor
    6. Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia
    7. Malaysia Chinese Tourism Association
    8. Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia
    9. Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia
    10. Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan
    11. Persatuan Hakka Negeri Selangor
    12. Persatuan Kebudayaan Jenjarom
    13. Persatuan Concierge Selangor
    14. Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pantai Selangor
    15. Malaysia Indian Tour & Travel Association
    16. Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia
    17. Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia
    18. Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers
    19.  Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia
    20. Persatuan Homestay Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.