Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

111) SUKAN PICKLEBALL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan gelanggang pickleball yang disediakan secara percuma di setiap PBT.

    Sukan pickleball semakin dikenali dan menjadi pilihan masyarakat untuk dilakukan pada waktu lapang kerana sifatnya yang mesra semua peringkat umur dan jantina. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong minat masyarakat ini dan telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM1,000,000.00 pada tahun 2025 bagi menggalakan pembangunan sukan tersebut.

     

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan menyemak semula kawasan lapang yang berpotensi bagi pembangunan sukan pickelball ini. Sehingga kini Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sahaja yang menyediakan gelanggang pickleball secara percuma iaitu gelanggang pickleball di SS25/20 dan di SS2/80. Permainan pickleball ini boleh menggunakan gelanggang badminton atau takraw untuk aktiviti sukan tersebut yang mana saiz gelanggangnya adalah sama. Melalui peruntukan yang telah diumumkan dijangka pada tahun ini semakin banyak gelanggang pickleball yang akan diwujudkan untuk kegunaan masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.