Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
101) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan program-program yang akan dianjurkan untuk meraikan Tahun Melawat Selangor 2025.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak TSSB dan PBT telah merancang lebih daripada 50 program pelancongan sempena Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025) seperti berikut:
-
Bolehkah kerajaan negeri mengambil kawasan Jalan Stesen Satu, Klang untuk dijadikan salah satu destinasi perlancongan?
Jalan Stesen Satu di Klang memiliki potensi besar untuk dijadikan destinasi pelancongan kerana kedudukan yang strategik dan berdekatan dengan beberapa buah tapak yang bersejarah. Sebagai contoh, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Stesen mempamerkan warisan diraja Selangor dan merupakan daya tarikan utama bagi pengunjung yang berminat dengan sejarah dan budaya.
Pada masa kini Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan kawasan-kawasan bersejarah di Klang sebagai destinasi pelancongan. Program seperti Royal Klang Heritage Walk mempromosikan tapak-tapak bersejarah termasuk kawasan Jalan Stesen kepada pelancong.
Dengan perancangan yang teliti dan kerjasama di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta komuniti setempat, Jalan Stesen Satu berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan yang menarik, dapat menjana ekonomi tempatan dan memelihara warisan budaya yang ada.