Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
99) PAM AIR DI KUNCI AIR TELOK GADONG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status penggantian pam air di Kunci Air Telok Gadong.
Penggantian pam air di Kunci Air Telok Gadong merupakan salah satu skop di bawah Cadangan Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan di Daerah Klang, Selangor. Berikut merupakan status projek tersebut:-
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Cadangan Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan di Daerah Klang, Selangor (Tawaran Semula) (Reka dan Bina) 38,520,000.00 17.2.2025 –
16.2.2028
Dalam Pelaksanaan