Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

97) PERSIAPAN SUKMA 2026

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sukan-sukan yang akan diadakan di SUKMA 2026.

    Penganjuran Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) 2026 adalah merupakan edisi kali ke-22 yang mana kali terakhir Negeri Selangor bertindak selaku Tuan Rumah adalah pada 28 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1998.

    Ketetapan jenis sukan yang akan dipertandingkan di setiap Temasya SUKMA ( bermula 2024 – 2032 ) adalah berdasarkan Peraturan Tetap Sukan Malaysia yang telah menyenaraikan sebanyak 28 jenis sukan adalah seperti berikut :-

     

    1) Akuatik (Renang & Terjun) 15) Taekwondo
    2) Angkat Berat 16) Karate
    3) Badminton 17) Lawn Bowls
    4) Berbasikal (Trek & Lebuhraya) 18) Pencak Silat
    5) Gimnastik (Artistik ) 19) Sepak Takraw
    6) Golf 20) Skuasy
    7) Lawan Pedang 21) Tenpin Boling
    8) Memanah 22) Wushu
    9) Menembak 23) Bola Sepak
    10) Olahraga 24) Ragbi
    11) Pelayaran 25) Bola Jaring
    12) Hoki 26) Bola Keranjang
    13) Judo 27) Bola Tampar
    14) Ping Pong 28) Tenis
  2. Nyatakan peratusan pembinaan semua tempat pertandingan samada dewan atau stadium yang akan diadakan.

    Bagi keperluan venue pertandingan untuk Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) 2026, pihak Sekretariat SUKMA masih dalam status semak selia bersama pemilik-pemilik venue pertandingan yang telah dikenalpasti. Penilaian perlu dibuat bersama dengan pihak Persatuan Sukan Negeri / Kebangsaan dan Majlis Sukan Negera Malaysia  samada ianya memenuhi spesifikasi standart Temasya atau sebaliknya. Walau bagaimanapun bagi penganjuran Temasya SUKMA 2026 ianya semua venue pertandingan akan mengunapakai kemudahan / infrastruktur yang sediada di seluruh negeri Selangor tanpa melibatkan pembinaan baru. Berikut adalah cadangan venue bagi 28 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada Temasya SUKMA 2026.

     

    Bil Sukan Cadangan Venue Pertandingan Daerah
    1. Akuatik  Pusat Akuatik Darul Ehsan

    Seksyen 13, Shah Alam.

    Petaling
    2. Gimnastik / Gimrama  SACC Shah Alam
    3. Badminton  Setia City Convention Center
    4. Ping Pong
    5. Tenpin Boling  Ampang Superbowl Summit USJ  Subang
    6. Menembak  Lapang Sasar Menembak Subang
    7. Lawan Pedang Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
    8. Angkat Berat  Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz,

    Shah Alam

    9. Skuasy  Kompleks Sukan Astaka MBPJ
    10. Ragbi  Kompleks Sukan Astaka MBPJ

    (Padang Utara )

    11. Golf  Kelab Golf Seri Selangor

    / Kelab Golf Negara Subang

    12. Bola Tampar  Dewan Bola Tampar Seksyen 19 & 4

    Shah Alam

    13. Bola Jaring  Stadium Tertutup Seri Kembangan

    (MPSJ)

     

    Bil Sukan Cadangan Venue Pertandingan Daerah
    14. Tenis  Kompleks Sukan MBPJ / Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya  
    15. Olahraga  Stadium UiTM Shah Alam
    16. Pencak Silat  Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam
    17. Karate-do  Dewan MBDK Bukit Raja Klang Klang
    18. Judo
    19. Hoki Wanita  Stadium Hoki MBPJ
    Hoki Lelaki  Stadium Hoki MBDK
    20. Lawn Bowl  Kompleks Boling Padang Bayu Emas
    21. Bola       Keranjang  Dewan Bola Keranjang Bandar Baru Bukit Tinggi 2
    22. Sepak Takraw  Stadium Tertutup Kuala Selangor
    23. Pelayaran  Pantai Batu Laut Kuala Langat
    24. Berbasikal Lebuhraya,  MTB & BMX  Sekitar Sepang Sepang
    25. Taekwando Dewan Seri Sarjana, Uniten Bangi
    26. Wushu
    27. Bola Sepak  Stadium Selayang /

    Stadium MBPJ /

    Stadium Salak Tinggi Sepang

    Gombak/ Petaling/   Sepang
    Futsal Kompleks Sukan Matsushita Seksyen 21 Shah Alam
    28. Memanah INSPEN Bangi Hulu Langat

Lampiran

Tiada Lampiran.