Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

90) KONSERT SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak lagi konsert dalam atau luar ruang yang akan diadakan sempena Tahun Melawat Selangor?

    Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor tiada sebarang perancangan untuk mengadakan konsert pada tahun 2025 ini. Namun, sekiranya ingin mengetahui acara atau program, disarankan untuk melayari portal rasmi Tahun Melawat Selangor 2025 di my atau mengikuti media sosial rasmi Tourism Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat jua, Konsert Tahun Melawat Selangor 2025 telah diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2024 di Setia City Park, Setia Alam dengan menampilkan artis terkenal seperti Dato’ Amy Search, Aizat Amdan dan Cakra Khan.

  2. Apakah langkah diambil untuk mencegah dadah daripada memasuki lokasi konsert tersebut?

    Langkah yang diambil :

    1)    Mewujudkan kawalan akses yang ketat di pintu masuk konsert.

    2)    Pengawasan melalui kamera CCTV atau pemantauan dron.

    3)    Menetapkan kawasan anjung tinjau bagi pasukan keselamatan.

    4)    Menempatkan pasukan polis tanpa uniform dalam lokasi konsert bagi membuat         pemerhatian dan rondaan.

    5)    Melarang penggunaan rokok atau vape dalam lokasi konsert (ada dinyatakan dalam tiket konsert).

    6)    Penganjur menyediakan ruang khas di tempat konsert bagi membolehkan ujian dijalankan dengan pemeriksaan yang dicurigai menyalahgunaan dadah secara    rawak dilakukan oleh JSJN.

    7)    Membuat pemeriksaan rambang di tempat pintu masuk konsert dan di dalam konsert.

Lampiran

Tiada Lampiran.