Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

88) HOSPITAL KAPAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini bagi Hospital Kapar?

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, status kemajuan fizikal sebenar projek Pembinaan Hospital Kapar sehingga 20 Disember 2024 adalah sebanyak 30.98% berbanding peratus kemajuan jadual sebanyak 30.64%. Kemajuan sebenar ditapak adalah mendahului jadual sebanyak +0.34%.

  2. Berapakah jumlah kos pembinaan bagi Hospital Kapar?

    Jumlah kos pembinaan bagi Hospital Kapar adalah sebanyak RM831,000,000.00.

  3. Berapakah jumlah katil dan kepakaran yang akan disediakan?

    Hospital Kapar akan menyediakan sebanyak 312 katil untuk pesakit dalam.  Sebanyak 15 kepakaran yang disediakan iaitu:

     

    1. Perubatan Am
    2. Pediatrik
    3. Kecemasan dan Trauma
    4. Pembedahan Am
    5. Obsterik dan Ginekologi
    6. Ortopedik
    7. Psikiatri dan Kesihatan Mental
    8. Anestesiologi dan Rawatan Rapi
    9. Otorhinolaringologi
    10. Oftalmologi
    11. Pergigian: Oral & Maxillofasial (OMFS), Pergigian Kanak-kanak, Rawatan Khas Pergigian (Special Care Dentistry)
    1. Patologi Forensik
    2. Patologi
    3. Radiologi
    4. Perubatan Rehabilitasi

Lampiran

Tiada Lampiran.