Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

87) PEMBINAAN SEKOLAH BARU DI BANDAR BUKIT RAJA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dimanakah lokasi sesuai bagi pembinaan sekolah rendah dan menengah di Bandar Bukit Raja?

    JPN Selangor sentiasa komited dalam memastikan kemudahan pendidikan mencukupi di Selangor. Dalam memastikan hasrat ini tercapai Sekolah Kebangsann Bukit Raja sedang dibina di lot 53573, Jalan Gamelan, Bandar Bukit Raja. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Raja di lot 95541, Jalan Zapin, Bandar Bukit Raja.

  2. Bilakah sekolah akan siap dibina sepenuhnya ?

    Bagi Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Bukit Raja, kontraktor telah pun dilantik dan projek ini dijangka siap pada tahun 2027. Manakala bagi Pembinaan Baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Raja masih di peringkat perolehan tanah yang sedang diuruskan oleh pihak KPM. Cadangan pembinaan akan dimohon dalam Rolling Plan 2 Tahun 2027 Rancangan Malaysia Ke-13.

Lampiran

Tiada Lampiran.