Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

84) PUNGUTAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah peruntukkan dan kos perbelanjaan yang diberikan kepada KDEBWM untuk menguruskan pungutan sisa pepejal bagi seluruh pbt di negeri Selangor?

    Jumlah peruntukan yang diberikan kepada KDEBWM untuk menguruskan kerja-kerja kutipan sisa pepejal domestik mengikut PBT di seluruh negeri Selangor adalah seperti berikut:

    Bil. PBT Jumlah Peruntukan Setahun

    (RM)

    1. MBDK                                  32,637,810
    2. MPAJ                                  22,127,128
    3. MPS                                  28,249,082
    4. MPKL                                    8,380,817
    5. MBPJ                                  26,454,521
    6. MPKJ                                  34,687,735
    7. MPSP                                  16,422,524
    8. MPHS                                  10,374,772
    9. MDSB                                    2,233,739
    10. MBSJ                                  27,753,987
    11. MPKS                                    7,220,423
    12. MBSA                                  29,287,456
      Jumlah Keseluruhan 245,829,994
  2. Mengapa tidak menyerahkan semua kerja perbersihan awam untuk diuruskan sepenuhnya oleh KDEB? Sebagai contoh, Jabatan Taman MBDK juga melakukan kerja memotong rumput di beberapa taman. Ini menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

    Skop pembersihan awam yang dilaksanakan oleh KDEBWM di Klang adalah melibatkan kerja-kerja di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Bagi kerja-kerja pembersihan awam  di padang, taman permainan dan jalan-jalan persiaran, ianya adalah di bawah seliaan Jabatan Landskap dan Rekreasi (JL&R), MBDK. Skop kerja pembersihan awam di bawah JL&R ini adalah merangkumi kerja-kerja landskap. Walaupun MBDK pernah melantik KDEBWM untuk turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam di padang, taman permainan dan jalan-jalan persiaran sebelum ini, langkah tersebut tidak diteruskan kerana skop KDEBWM tidak termasuk dengan kerja-kerja landskap yang merupakan antara fokus utama JL&R. Justeru, mulai 1 Jun 2024, MBDK telah membuat keputusan supaya kerja-kerja kerja-kerja pembersihan awam di padang, taman permainan dan jalan-jalan persiaran diserahkan kembali kepada JL&R, MBDK.

Lampiran

Tiada Lampiran.