Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

82) BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa biasiswa telah diberi pada tahun 2024 dan berapa penerimanya? Apakan peratusan penerima-penerima biasiswa ini bekerja atau berkhidmat di Selangor terutamanya bekerja sebagai penjawat awam Negeri Selangor?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan pelbagai jenis biasiswa kepada pelajar Anak Selangor untuk pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi. Maklumat penerima Biasiswa tersebut dalam tahun 2024 adalah seperti berikut.

    BIL. BIASISWA PENERIMA

    (ORANG)

    JUMLAH

    (RM)

    1. Biasiswa Selangor BITARA 2 535,710.37
    2. Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor 13 948,468.74
    3. Biasiswa Sagong Tasi IPT 4 9,580.00
    4. Biasiswa Huffaz Professional 3 35,818.00
    5. Biasiswa Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor 8 50,333.40
    JUMLAH 30 1,579,910.51

     

    Untuk makluman, para penerima inisiatif pendidikan khususnya yang menerima biasiswa pendidikan daripada Kerajaan Negeri disyaratkan bahawa sekiranya dikehendaki oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh lapor diri tamat pengajian, pelajar perlu berkhidmat dengan Kerajaan Negeri atau mana-mana badan yang diarahkan dalam apa-apa jawatan yang sesuai dengan kelayakan pelajar. Syarat tersebut adalah termaktub dalam perjanjian antara pelajar dan Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai contoh, pelajar jurusan perubatan yang menerima biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum terlepas daripada ikatan kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.