Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
71) BEKALAN ELEKTRIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti bekalan elektrik di kawasan Kuala Kubu Baharu? Nyatakan projek jangka masa panjang dan pendek secara terperinci.
Pemulihan Sistem Bekalan Elektrik di Kuala Kubu Baharu
Perancangan Pemulihan System secara jangka masa pendek
TNB sedang melaksanakan pelan tindak jangka masa pendek dengan menjalankan aktiviti kerja senggaraan di Kawasan Kuala Kubu Baharu.
Perancangan Pemulihan System secara jangka masa panjang
- Projek Rehabilitasi PMU Rasa Industri:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan kerja pemulihan ke atas alatsuis 11kV di Pencawang Utama (PMU) 132/11kV Rasa Industri. Projek ini bertujuan menggantikan peralatan sedia ada yang telah melebihi jangka hayat operasi bagi memastikan keselamatan dan kecekapan sistem bekalan elektrik.
Kemajuan Fasa 1:
- Pemindahan kabel berjaya diselesaikan pada 17 Januari 2025, dan penanggalan janakuasa bergerak dimulakan secara berperingkat bermula 18 Januari 2025 – sehingga 27 Januari 2025 menyebabkan beberapa isu gangguan bekalan akibat kerja dari kerja hook & unhook janakuasa bergerak.
Fasa Seterusnya :
Fasa 2 dan Fasa 3 projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2026. TNB menegaskan komitmen untuk meminimumkan gangguan bekalan sepanjang tempoh pelaksanaan.
- Penubuhan PPU :
- PPU 33/11kV baru di Maktab PDRM telah dirancang untuk meningkatkan keupayaan sistem elektrik di Kuala Kubu Baharu.
- Tanah untuk projek ini telah diluluskan dalam pelan kebenaran merancang (KM), dan proses perolehan tanah sedang dilaksanakan.
- Projek dijangka bermula pada suku ketiga 2025 dan siap sepenuhnya pada 2028.
-
Adakah bekalan elektrik di Hulu Selangor mencukupi dengan perkembangan industri, komersial, dan perumahan yang semakin pesat di sekitarnya? Jika tidak, nyatakan rancangan jangka masa panjang dan projek terlibat.
Kecukupan Bekalan Elektrik di Daerah Hulu Selangor
- Kapasiti Bekalan Semasa:
Bekalan elektrik di Hulu Selangor dinilai mencukupi dan dirancang berdasarkan kajian 10 tahun (2025–2035) selaras Rancangan Tempatan Daerah.
- Strategi Pemantauan:
TNB menjalankan kajian berkala merangkumi tiga tahap sistem:
- Voltan Rendah (400V)
- Voltan Sederhana (11kV dan 33kV)
- Voltan Tinggi (132kV, 275kV, 500kV).
- Perancangan Pembangunan Baru :
Setiap projek perumahan, komersial, atau industri wajib menyertakan anggaran beban elektrik (kW) untuk membolehkan TNB merancang infrastruktur sesuai seperti pencawang atau talian tambahan.
- Projek Pengukuhan Tahunan :
TNB melaksanakan program tahunan seperti:
– Memperkukuh Sistem Voltan Tinggi (MSVT), Memperkukuh Sistem Voltan Rendah (MSVR) bagi memastikan kesinambungan bekalan elektrik di kawasan berisiko beban tinggi.
Kerajaan akan memastikan sistem TNB sedia ada dan projek masa depan dirangka untuk menyokong pertumbuhan permintaan elektrik di Hulu Selangor. Kerjasama pihak berkepentingan (seperti Pihak Berkuasa Tempatan) dalam proses kebenaran merancang (KM) memastikan infrastruktur elektrik dibina selaras dengan keperluan pembangunan.