Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
69) RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR KUALA KUBU BHARU 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status pelaksanaan 9 projek di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 secara terperinci.
Di dalam Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2025 telah dikenalpasti 9 projek Flagship untuk pelaksanaan. Daripada 9 projek Flagship berkenaan empat (4) projek yang telah dan sedang dilaksanakan iaitu :
- Projek PF1 : Pembangunan Pasar Warisan Bandar Kuala Kubu Bharu
Projek ini dikenali sebagai Temasya Jalanan Kuala Kubu Bharu yang dilaksanakan pada setiap minggu pada hari Sabtu. Pada awal pelaksanaan, aktiviti dijalankan pada di Lorong Seni dan Pelancongan Kuala Kubu Bharu, dan seterunya telah dipindahkan ke Jalan Dato Abdul Hamid (hadapan Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu).
Lorong-lorong belakang diantara Jalan Dato Tabal, Jalan Mat Kilau, Jalan Dato’ Jaafar dan Jalan Dato Balai telah dinaiktaraf oleh pihak Majlis serta telah menjadi salah satu tarikan pelancongan di Bandar Kuala Kubu Bharu.
- Projek PF3 : Penaiktarafan Kemudahan Rekreasi Sungai Chiling
Beberapa inisiatif telah diambil oleh Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor untuk menaiktaraf kemudahan di sekitar kawasan Sungai Chiling antaranya menggantikan pintu masuk ke Sungai Chiling, serta menaiktaraf kemudahan-kemudahan asas.
- Projek PF4 : Penaiktarafan Dataran Medan Selera
Projek menaiktaraf gerai-gerai dan tempat letak kenderaan sedang dijalankan dengan kos RM1.041 juta di bawah peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Penaiktarafan Hentian Bas telah selesai dilaksanakan di bawah program Hentian Bas Pintar Kerajaan Negeri Selangor
- Projek PF7 : Pembangunan Entry Statement dan Penaiktarafan Infrastruktur di Jalan Persekutuan 55
Projek Entry Pembangunan Entry Statement di Dataran Kuala Kubu Bharu dengan kos RM461,578.15 di bawah peruntukan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Entry Statement berkenaan adalah sebahagian projek naiktaraf Dataran Kuala Kubu Bharu dan telah siap dilaksanakan.
Manakala 5 projek Flagship masih di dalam perancangan kerana projek berkenaan melibatkan agensi dan pemilik tanah individu. Projek berkenaan adalah:-
- Projek PF2 : Pembangunan Lookout Point (Stargazzing) – Tapak Projek melibatkan Empangan Sungai Selangor.
- Projek PF5 : Pembangunan Galeri Bersepadu Garden City – Tapak Cadangan Galeri melibatkan kuarters milik Pejabat Perhutanan.
- Projek PF6 : Pemeliharaan Bangunan dan Monumen Warisan – Bangunan dan Monumen Warisan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
- Menara Jam Peringatan KIng George IV – Pemuliharaan telah dilaksanakan oleh pihak MPHS dengan penggantian mekanikal jam.
- Pejabat Daerah Hulu Selangor – Bangunan milik Agensi
- Pejabat Pos KKB – Bangunan milik Agensi
- Taska ABIM – Bangunan milik individu
- Balai Bomba Lama KKB : Telah dipulihara dan ditukarguna kepada Tourist Information Centre (TIC).
- Projek PF8 : Pembangunan Taman Linear – Pembangunan melibatkan rezab sungai.
- Projek PF9 : Penaiktarafan Persimpangan Utama BKKB – Pelaksanaan melibatkan jalan dibawah selenggaraan JKR.