Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

53) BANTUAN WARGA EMAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Untuk bantuan warga emas, mengapa tidak diberikan secara terus berdasarkan daftar pengundi tanpa perlu mengisi borang permohonan?

    Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Jaya Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi tumpuan kepada usaha menurunkan kadar kemiskinan di Selangor dengan memberi bantuan kepada keluarga miskin tegar ini untuk keluar dari kelompok miskin tegar ke kategori B40 . Usaha ini adalah antara tugas utama Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor yang dijalankan secara berterusan selaras dengan halatuju Rancangan Selangor Pertama (RS1).

    Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) merupakan salah satu usaha berterusan malah menjadi strategi jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam membasmi kemiskinan. ISP merupakan program yang dibentuk untuk memberdayakan rakyat disamping mengupaya dan meningkatkan social safety net seperti yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). ISP terdiri daripada empat puluh enam (46) program dan dirangkumkan di dalam enam (6) kategori dan antara program yang terlibat ialah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Program Jom Shopping Perayaan, Skim Air Darul Ehsan, Bas Smart Selangor, Skim HIJRAH, Program Bantuan Blueprint Pembasmian kemiskinan, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dan banyak lagi. Program-progam ISP ini diyakini dapat menghasilkan komposisi ekonomi yang seimbang dalam pekerjaan, kebajikan, kesihatan dan perniagaan secara menyeluruh sekaligus dapat membantu membawa golongan miskin tegar ini ke kategori B40.

    Program-program khusus bagi usaha pembasmian kemiskinan Negeri Selangor adalah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Bantuan Usahawan India Selangor (I-Seed), Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dan Program Bantuan Baucar Jom Shopping sempena Perayaan. Bagi tahun 2024, seramai 80,194 orang penerima manfaat dari keempat-empat buah program ini dengan peruntukan sebanyak RM21,142,455 yang secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat negeri selangor secara amnya.

    Kerajaan Negeri memberi tumpuan sepenuhnya kepada program-program pembasmian kemiskinan dengan bekerjasama rapat bersama Jabatan dan Agensi pemberi bantuan berkaitan pembasmian kemiskinan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Selangor telah menyediakan pelan tindakan khas (blueprint) untuk pembasmian kemiskinan tegar Negeri Selangor dengan kerjasama kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN Selangor, Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan, Agensi dan NGO bagi sama-sama merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan Menoktahkan Kemiskinan Tegar Negeri Selangor bagi tahun 2024. Maklumat dan input berkaitan jenis bantuan dan program yang dirancang dan sedang dijalankan dari semua Jabatan dan Agensi serta NGO telah dibincangkan dengan terpeinci bagi mengelakkan program yang dirancang dan dilaksanakan bertindih dengan fungsi Jabatan dan Agensi lain dan juga bagi memastikan setiap Jabatan dan Agensi menjalankan pelbagai program dengan mensasarkan aspek yang berlainan namun mempunyai matlamat yang sama untuk meningkatkan sosio ekonomi KIR, keluar dari kelompok kemiskinan dan kemiskinan tegar serta tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Lampiran

Tiada Lampiran.