Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

48) OPERASI PENDUDUK DAN PENIAGA WARGA ASING BAGI KAWASAN DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah operasi yang telah dijalankan bagi tahun 2024?

    Bilangan operasi bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :-

     

    BIL JENIS OPERASI JUMLAH
    1. Operasi Dalaman MBPJ 21
    2. Kolaborasi Bersama Agensi Luar 2
    JUMLAH KESELURUHAN 23
  2. Adakah kerajaan berhasrat untuk memperbanyakkan operasi bagi tahun 2025?

    Pihak Majlis akan melaksanakan pemantauan, penguatkuasaan serta operasi bersepadu secara konsisten bagi memastikan pemilik-pemilik perniagaan mematuhi akta dan perundangan yang ditetapkan.

  3. Bilakah kerajaan negeri bersama pihak Imigresen akan melakukan operasi di Seksyen 6 Kota Damansara, Kampung Baru Sungai Buloh dan Pekan Subang pada tahun 2025?

    Pihak Majlis telah merangka perancangan pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memastikan tindakan penguatkuasaan lebih efektif bagi tahun 2025 khususnya di kawasan Seksyen 6, Kota Damansara. Walau bagaimanapun, kawasan Kampung Baru Sungai Buloh dan Pekan Subang berada diluar kawasan MBPJ.

Lampiran

Tiada Lampiran.