Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
34) PROJEK SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik dan maklumat kegunaan peruntukan Selangor Penyayang di setiap DUN.
Projek Selangor Penyayang (PSP) merupakan satu inisiatif merupakan projek inisiatif Kerajaan Negeri Selangor berteraskan pembangunan fizikal yang melibatkan kerjasama di antara Agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor bersama semua 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor. Keutamaan projek ialah projek yang memberikan impak langsung kepada masyarakat dan komuniti setempat. Bagi meningkatkan imej PSP dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan serta sumbangan kepada masyarakat dan komuniti setempat, skop projek bagi PSP telah diperluaskan dengan skop baharu bagi setiap tahun.
Skop projek bagi tahun 2022 terdiri daripada kerja-kerja yang berikut:
- Projek kecil boleh laksana segera;
- Kemudahan dan Infrastruktur asas/awam bernilai RM100,000 .00 ke bawah;
- Mengecat Pangsapuri Kos Rendah / sederhana rendah / mampu milik/Rumah Selangorku; dan
- Memberi impak secara langsung kepada Masyarakat.
Bagi tahun 2023, skop projek tahun 2023 lebih meluas seperti tersenarai di bawah:
- Membaik pulih/ menyelenggara parit, longkang, benteng dan penstabilan tebing di bawah kelolaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS);
- Membaik pulih/ menaik taraf/menyelenggara parit, longkang, cu/vert, jambatan, titi, jeti, jalan, laluan lintasan pejalan kaki dan motorsikal;
- Memrbaik pulih/ menyelenggara bangunan/ kemudahan yang diselia oieh agensi kerajaan seperti balai raya/ dewan, pernentian bas/ teksi, tandas awam, wakaf /gazebo, pasar atau gerai penjaja;
- Membina/baik pulih /menaik taraf/menyelenggara fasiliti sukan, taman permainan kanak-kanak, kemudahan rekreasi dan kawasan riadah;
- Membaik pulih bangunan awam termasuk sekolah, balai polis, balai bomba dan klinik Kesihatan, membaik pulih masjid/ surau dan rumah ibadat serta kemudahan berkaitan termasuk dataran kejat;
- Pembinaan sebuah Kompleks Komuniti Selangor Penyayang (KKSP); serta
- Bekalan dan perkhidmatan secara one-off.
Skop projek tahun 2024 pula terdiri daripada kerja-kerja yang berikut:
- Baik pulih, menyelenggara atau naik taraf kemudahan awam (milik kerajaan Negeri Selangor termasuk PBT, dan masjid /surau dan rumah ibadat);
- Bekalan dan perkhidmatan; dan
- Mengecat Pangsapuri Kos Rendah/ sederhana rendah/ sederhana.
Melalui Projek Selangor Penyayang (PSP), Kerajaan Negeri telah melaksanakan sejumlah projek yang signifikan daripada Tahun 2022 sehingga 2024. Pada tahun 2022, sebanyak 636 projek di 56 DUN berjaya dilaksanakan dengan kos keseluruhan sebanyak RN30,927,902.59. Tahun 2023 menyaksikan pelaksanaan 612 projek, yang menelan kos berjumlah RM27,136,479.17. Pada tahun 2024 pula, bilangan projek yang berjaya dilaksanakan adalah sebanyak 341 projek, dengan peruntukan kos sebanyak RM13,788,513.79.
Bagi keseluruhan projek yang dilaksanakan sepanjang tiga (3) tahun ini, terdapat sebanyak 1,589 projek yang telah dilaksanakan di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP), dengan kos keseluruhan mencapai RM71,852,895.55.
Senarai bilangan dan peruntukan projek mengikut DUN Kawasan bagi Tahun 2022, Tahun 2023 dan Tahun 2024 adalah seperti di Lampiran A.
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan peruntukan Selangor Penyayang untuk tahun 2025?
Bagi pelaksanaan Projek Selangor Penyayang Tahun 2025, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan dan masih dikekalkan pada peruntukan sebanyak RM 250,000.00 bagi setiap DUN, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM14,000,000.00