Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
27) KAWASAN PERINDUSTRIAN DIKAWASAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian negeri Selangor?
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menyediakan peruntukan bagi Projek Menaik Taraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang disalurkan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing kawasan perindustrian dengan menaik taraf infrastruktur asas seperti jalan, sistem saliran, bekalan utiliti, dan telekomunikasi bagi menarik pelaburan serta menyokong pembangunan mampan. Bagi tujuan tersebut, peruntukan disalurkan terus kepada PBT bagi menambahbaik infrastruktur di kawasan perindustrian sedia ada.
-
Sila senaraikan peruntukan yang telah diberi untuk menaik taraf infrastruktur mengikut PBT pada tahun 2022 hingga 2024.
Bagi tahun 2022, PBT Negeri Selangor telah menerima peruntukan berjumlah RM8,074,568.00. Perincian peruntukan seperti berikut:
PBT Projek Jum. Peruntukan (RM) MBDK Kerja-kerja Menaiktaraf Jalan Dan Perabot Jalan Di Lebuh Sultan Mohamed 1, Kawasan Industri Bandar Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang 5,053,740.00 MBPJ Cadangan Pembaikan Tanah Mendap Dan Sistem Perparitan Di Kawasan Lorong 51A/227A Seksyen 51A, Petaling Jaya 3,020,828.00 JUMLAH KESELURUHAN 8,074,568.00 Namun, bagi tahun 2022 dan 2024, tiada peruntukan diberikan kepada PBT Negeri Selangor bagi tujuan penaiktarafan infrastruktur di kawasan perindustrian.