Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
26) TANAH RIZAB HOSPITAL DI BANDAR BARU BANGI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Jabatan Kesihatan Negeri terhadap tanah rizab ini?
Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai cadangan perancangan pembangunan Projek Pembinaan Institut Hematologi Negara dan Pusat Darah Wilayah Tengah di tapak Bandar Baru Bangi dengan anggaran keluasan sebanyak 30 ekar selari dengan Pelan Induk Fasiliti Kesihatan KKM 2023-2045.
Projek Pembinaan Institut Hematologi Negara dicadangkan dengan anggaran 350 katil dan dilengkapi dengan makmal berteknologi terkini. Pembinaan Pusat Darah Wilayah Tengah juga membolehkan Perkhidmatan Perubatan Transfusi berkembang selari dengan beban kerja Pusat Darah Negara yang semakin meningkat.
Kolaborasi Perkhidmatan Perubatan Transfusi dan Perkhidmatan Hematologi di bawah satu bumbung ini membolehkan perkongsian sumber yang optimum dan penggunaan teknologi yang terkini sekaligus dapat menawarkan perkhidmatan kesihatan yang mampan kepada rakyat. Kewujudan sebuah institusi yang pertama di Malaysia sebegini akan mampu menaikkan imej negara di persada antarabangsa.