Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

25) KUTIPAN CAS BAGI PENGGUNAAN BEG PLASTIK DI PASARAYA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah kutipan yang telah dikutip mengikut PBT bermula tahun 2022 sehingga 2024.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan kutipan caj beg plastik sebanyak RM0.20 bagi sehelai plastik sekali guna dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Untuk makluman, data ini merangkumi keseluruhan kutipan caj oleh premis perniagaan yang menyertai program ini termasuklah pasar raya besar, kedai serbanika, pasar mini, kedai rangkaian, restoran, farmasi dan kedai aksesori. Data kutipan caj dari tahun 2022 hingga 2024 adalah seperti di Lampiran 1.

     

    LAMPIRAN 1

    DATA KUTIPAN CAJ BEG PLASTIK MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DARI TAHUN 2022 HINGGA 2024

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) 2022 2023 2024 JUMLAH (RM)
    MBSA 1,224,155.00 1736447.25 899,730.80 3,860,333.05
    MBPJ 1,308,029.98 1303176.60 928,178.18 3,539,384.76
    MBSJ 1,962,923.54 1,894,764.72 1,104,277.50 4,961,965.76
    MBDK 953,822.40 995,225.20 823,567.65 2,772,615.25
    MPAJ 1,048,412.48 1,405,627.75 965,114.87 3,419,155.10
    MPS 997,539.90 1,352,314.13 1,760,004.60 2,904,513.98
    MPKj 1,311,044.29 2,806,859.70 1,760,004.60 5,877,908.59
    MPSp 504,406.29 600,099.05 770,977.20 1,875,482.54
    MPKL 310,590.00 258,241.80 89,986.10 658,817.90
    MPKS 481,864.60 530,065.60 490,498.60 1,502,428.80
    MPHS 137,439.40 156,644.60 220,568.00 514,652.00
    MDSB 43,359.40 91,989.40 109,589.20 244,938.00
    JUMLAH KESELURUHAN 9,286,047.38 11,779,141.67 8,162,492.70 32,132,195.73

     

  2. Sila senaraikan program-program yang telah menggunakan tabung kutipan ini mengikut setiap PBT pada tahun 2024.

    Bagi tahun 2024, program-program yang telah dilaksanakan  mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT Nama Program
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)    i.      Program Larian Kitar Semula (Recycle Fun Run) Shah Alam 2024;

    ii.      Penggunaan Beg Kitar Semula untuk Pengasingan Sisa Perumahan Landed bagi Kutipan Door To Door (DTD) oleh Nestle dan KPT Recycles;

    iii.      Pemberian Insentif kepada Penduduk yang Aktif dalam Pengasingan Sisa;

    iv.      Kempen Kesedaran Pencegahan Penggunaan Plastik Sekali Guna (SUP).

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)  i.        Kupon Digital Bazar Ramadan 2024;

    ii.        Anugerah Usahawan PJ Ramadan 2024;

    iii.        Recycle & Redeem Kg. Sg. Kayu Ara

    iv.        Recycle & Redeem Kg. Sg. Lembah Subang 1 & 2;

    v.        Mini Karnival Usahawan;

    vi.        Karnival Usahawan.

    Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)  i.        Program Hari Tanpa Kenderaan (HTK) MBSJ pada bulan Februari, Mei, Ogos, dan Oktober 2024;

    ii.        Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar sepanjang tahun 2024; dan

    iii.        Pembekalan papan tanda kebun komuniti.

    Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)  i.        Program Hari Klang Tanpa Kenderaan bulan Mei, Julai, September, November;

    ii.        Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (Disember 2024);

    iii.        Program Kitar Semula dan Rejuvenasi Kompleks Pasar Besar Jalan Meru Klang; dan

    iv.        Pembekalan Beg Nylon bagi Kitar Semula Perumahan Pintu ke Pintu.

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)  i.        Program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ 2024;

    ii.        Program Pertandingan Landskap MPAJ;

    iii.        Kempen Bazar Ramadhan Mampan MPAJ 2024; dan

    iv.        Program Kesedaran Alam Sekitar.

    Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)  i.        Program Bazar Ramadan Mampan Sepang Bebas Plastik 2024;

    ii.        Perkhidmatan Sewaan Reverse Vending Machine (RVM) Kitar Semula.

    Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)  i.        Geran Kecil Alam Sekitar Daerah Kuala Langat 2024; dan

    ii.        Hari Rendah Karbon.

    Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)  i.        Program Pesta Sayap: Protect Insects, Protect Birds; dan

    ii.        Webinar Kempen Bebas Plastik bersama UiTM Puncak Alam.

    Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Pelancaran Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Bebas Beg Plastik.
    Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)  i.        Program Kelestarian Alam Sekitar Sempena Karnival Jelajah 3S; dan

    ii.        Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai 2024

     

    Secara keseluruhannya, PBT di Selangor telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menganjurkan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar, mempromosikan gaya hidup lestari dan menggalakkan penyertaan aktif komuniti dalam pengasingan sisa serta pengurangan penggunaan plastik.

Lampiran

Tiada Lampiran.