Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

19) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar di Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi luar bandar dan mengurangkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar melalui pelbagai inisiatif strategik dan inklusif. Usaha ini merangkumi peningkatan infrastruktur serta penyediaan akses kepada teknologi digital. Bagi memastikan kawasan luar bandar mempunyai daya saing yang setara dengan bandar, Kerajaan Negeri turut menumpukan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam seperti menaik taraf jalan luar bandar serta memperluaskan akses kepada internet dan telekomunikasi.

    Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Latihan Pembangunan Desa yang akan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran bagi belia luar bandar. Program ini bertujuan memperkasa golongan belia dengan kemahiran yang relevan bagi membantu mereka menyumbang kepada pembangunan komuniti serta meningkatkan potensi ekonomi mereka.

    Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan program berkaitan keusahawanan luar bandar yang memberi peluang dan keutamaan kepada usahawan desa untuk berniaga serta memperkenalkan produk tempatan kepada pasaran yang lebih luas dan pelaksanaannya dijangka pada bulan Ramadan tahun ini. Selain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program Bakul Prihatin Rumpun Selangor, yang menyasarkan bantuan kepada golongan B40 di negeri ini. Program ini bukan sahaja menyediakan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan tetapi turut membuka peluang kepada usahawan desa untuk menjadi pembekal utama barangan keperluan bagi inisiatif ini. Pendekatan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan usahawan luar bandar serta merancakkan ekonomi tempatan melalui ekosistem perniagaan yang lebih inklusif.

    Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor turut mendukung inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan ekonomi luar bandar melalui pelaksanaan Program Sejati Madani. Program ini memberi fokus kepada pembangunan keusahawanan mikro dan koperasi desa dengan menyediakan bantuan modal, latihan perniagaan, dan bimbingan strategi pemasaran bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam komuniti luar bandar. Program ini juga merangkumi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan luar bandar agar mereka dapat meningkatkan daya saing dan keupayaan perniagaan mereka.

    Kerajaan Negeri turut melaksanakan Pusat Smart Desa, yang dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PlanMalaysia) yang telah menambah baik fungsi balai raya di kampung-kampung dengan menjadikannya sebagai pusat teknologi maklumat dan ekonomi digital. Sehingga tahun 2024, Pusat Smart Desa telah dibangunkan di tiga kampung tradisi di Negeri Selangor yang mana pengurusan pusat ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat luar bandar untuk meningkatkan literasi digital dan memajukan aktiviti ekonomi setempat. Pada tahun 2025, satu lagi Pusat Smart Desa akan dibangunkan di daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk memperluaskan pembangunannya ke kampung-kampung di daerah lain.

    Dengan pelaksanaan inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor yakin bahawa pembangunan ekonomi luar bandar akan terus diperkukuh, seterusnya mengurangkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar melalui pembangunan yang seimbang dan mampan di seluruh negeri.

  2. Bagaimana kerajaan negeri merancang untuk mengurangkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar?

Lampiran

Tiada Lampiran.