Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

13) MEMANFAATKAN TANAH BERSTATUS PERTANIAN TERBIAR DI PELABUHAN KLANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memanfaat tanah-tanah berstatus pertanian milik persendirian di sekitar Kampung Tradisi Telok Gong dan Kampung Tradisi Pulau Indah bagi mengelakkan tanah tersebut terbiar dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

    Inisiatif program pemutihan kampung tradisi Melayu sedang dalam tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) yang bertumpu kepada ‘pemutihan bangunan kediaman yang dibina di atas tanah pertanian di pinggir bandar’ bagi menyelesaikan isu penjualan tanah pertanian tanpa kelulusan, isu pecah bahagi dan pecah sempadan. Inisiatif ini sedang disusuli oleh pihak PTGS yang sedang memperincikan kaedah pelaksanaan bersesuaian mengikut perundangan yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.