Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

3) CUKAI HASIL HUTAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah kutipan cukai hasil hutan yang direkodkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk tahun 2024, dan berapakah sasaran kutipan untuk tahun 2024?

    Sehingga 31 Disember 2024, jumlah kutipan hasil hutan yang direkodkan adalah sebanyak RM 38,587,173.27 dengan sasaran kutipan untuk tahun 2024 sebanyak RM 43,365,800.00.

  2. Senaraikan kategori hasil hutan yang menyumbang kepada kutipan cukai di Selangor dan apakah kategori hasil hutan yang menyumbang terbesar kepada Selangor?

    Berikut adalah senarai kategori hasil hutan yang menyumbang kepada kutipan cukai di Selangor dengan kategori cukai pengeluaran hasil kecil hutan (batu batan) :

    1. Batu Batan (Kuari)
    2. Pasir
    3. Kayu kayan
    4. Hasil-hasil hutan yang lain

    Manakala, hasil Batu Batan (Kuari) adalah penyumbang terbesar kutipan hasil hutan kepada Negeri Selangor iaitu sejumlah RM 32,466,952.76 (84%)

  3. Adakah usaha kerajaan untuk mengecualikan cukai terhadap hasil hutan yang diusahakan oleh penduduk kampung orang asli?

    Sehingga kini, tiada cukai yang dikenakan ke atas hasil hutan yang diambil oleh penduduk kampong orang asli memandangkan haisl hutan tersebut adalah bagi tujuan kegunaan dan keperluan harian mereka sahaja. Namun, sekiranya penduduk kampong orang asli mengambil hasil hutan bagi tujuan komersial atau dagangan, maka cukai mengambil hasil hutan akan dikenakan selaras dengan Kaedah-kaedah Hutan Negeri Selangor 2017 dan mendapat kelulusan serta Lesen Mengambil Hasil Hutan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.