Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
2) CUKAI PINTU RUMAH KAMPUNG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah rumah kampung yang berjaya mendapat kelulusan untuk pengecualian cukai pintu di Kampung Masjid, Kampung Desa Aman, Kampung Kepong Ulu dan Kampung Orang Asli Bukit Lanjan? Sila senaraikan jumlah kelulusan mengikut kampung.
Majlis Perbandaran Selayang telah menerima sebanyak 379 permohonan bagi pengecualian kampung secara bersasar bagi tahun 2024. Walau bagaimanapun, hanya 248 permohonan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan layak menerima pengecualian cukai taksiran kediaman kampung. Ringkasan permohonan dan kelulusan pengecualian cukai taksiran yang melibatkan Kampung Masjid, Kampung Desa Aman, Kampung Kepong Ulu dan Kampung Orang Asli Bukit Lanjan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
Kampung Jumlah Permohonan Jumlah Kelulusan Permohonan Catatan Kampung Masjid – – Tiada Permohonan Kampung Desa Aman – – Tiada Permohonan Kampung Kepong Ulu 1 1 Layak menerima Pengecualian Kampung Kampung Orang Asli Bukit Lanjan – – Tiada Permohonan -
Salah satu syarat permohonan adalah "Pemilik pegangan yang mempunyai keluasan kurang dari 2,000 kaki persegi sahaja". Keluasan yang disebut ini adalah keluasan tanah atau keluasan bangunan?
Kerajaan Negeri telah menetapkan keluasan bangunan kurang dari 2,000 kaki persegi sebagai syarat permohonan pengecualiaan cukai taksiran bagi kediaman kampung.
-
Adakah kerja-kerja semakan atas tapak dilakukan sebelum kelulusan diberikan?
PBT akan melakukan semakan dokumen terlebih dahulu. Sekiranya terdapat keperluan, PBT akan melaksanakan lawatan di tapak sebelum permohonan pengecualian cukai taksiran kediaman kampung tersebut dibentangkan dalam Jawatan Kuasa Peringkat PBT untuk dipertimbang dan diluluskan.