Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

362) PENJUALAN TANAH BROGA OLEH PKNS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pulangan yang diterima oleh PKNS melalui penjualan tanah Broga seluas 700 ekar dan apakah proses yang telah dijalankan untuk melupuskan tanah ini dan nyatakan pemilik baru tanah Broga.

    Jumlah pulangan yang diterima oleh PKNS adalah RM224.5 juta.    Pada tahun 2022, PKNS telah melaksanakan tender terbuka bagi tanah yang ditawarkan, namun tiada pihak yang menunjukkan minat untuk mengambil bahagian. Sehubungan itu, pada tahun 2023 PKNS telah mengiklankan semula tawaran tersebut di akhbar tempatan bagi memberikan peluang kepada pihak yang berminat untuk mengemukakan bidaan. Tawaran ini kemudiannya diberikan kepada pembida dengan tawaran yang tertinggi, setelah melalui proses penilaian yang menyeluruh dan berlandaskan prinsip ketelusan.

    Sepanjang proses ini, PKNS memastikan bahawa semua prosedur dilaksanakan mengikut prinsip tadbir urus korporat yang baik dengan kelulusan diperoleh daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Pelaburan (MJKP), Ahli Perbadanan PKNS dan melalui proses sehingga ke peringkat Kementerian Ekonomi. Selain itu, transaksi ini turut diaudit oleh Jabatan Audit Negara bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan dan prosedur yang ditetapkan, sekaligus menjamin ketelusan dan integriti dalam urusan pelupusan aset.

    Pembeli yang ditawarkan adalah Syarikat Sutera Maya Resources Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.