Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
361) NAIK TARAF KLINIK KESIHATAN BATU 14 DAN MENAMBAH KEMUDAHAN AMBULAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak aduan berkenaan perkhidmatan ambulan yang lewat apabila kecemasan terutama kemalangan jalan raya, apakah tindakan dalam menangani isu ini?
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa komited dan sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan terutamanya perkhidmatan ambulan. Isu berkenaan perkhidmatan ambulans yang lewat, terutamanya ketika kecemasan seperti kemalangan jalan raya merupakan perkara yang sangat serius kerana boleh memberi kesan besar kepada nyawa dan keselamatan pesakit.
Beberapa tindakan yang telah dilaksanakan oleh JKNS dalam menangani isu ini adalah seperti berikut:
i. Penggantian ambulan yang telah lupus di mana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan perolehan ambulan secara berpusat dan agihan ambulan berjumlah lima puluh tiga (53) unit akan diterima oleh JKNS secara berperingkat.
ii. Naik taraf sistem panggilan kecemasan daripada MERS 999 kepada Next Generation (NG) 999 dalam meningkatkan efisiensi dan kecekapan respons ambulan bagi kes-kes kecemasan. Dengan penggunaan teknologi yang terkini seperti Geographic Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS), penentuan lokasi pesakit dapat dibuat dengan lebih tepat membolehkan ambulan mengakses maklumat dengan lebih cepat dan menuju ke lokasi dengan lebih efisien seterusnya mengurangkan masa yang diperlukan untuk sampai ke tempat kejadian.
iii. Task Force Key Performance Indicator (KPI) Masa Respons Panggilan Kecemasan 999 di peringkat JKNS yang diketuai oleh Ketua Kepakaran Perubatan Kecemasan & Trauma Negeri Selangor telah ditubuhkan pada 2024 bagi menganalisa masa respons ambulan seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan yang efektif.
iv. Audit Pelan Tindakan Program Perubatan bagi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulan (PRPA) dilaksanakan secara berkala bagi memastikan perkhidmatan ambulan yang lebih cekap dan optimum.
v. Jalinan kerjasama dan koordinasi yang baik dengan agensi lain terutama ketika berlakunya kemalangan yang besar dalam menyelaraskan pengurusan lalu lintas untuk mengelakkan berlakunya kelewatan disebabkan kesesakan lalu lintas.
Dengan tindakan-tindakan penambahbaikan yang diambil, Jabatan ini yakin dan percaya perkhidmatan ambulan yang ditawarkan oleh JKNS akan terus cemerlang.
-
Klinik Kesihatan BT.14 sangat perlu dinaik taraf kerana tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai dengan kapasiti ruang yang sangat terhad.