Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

352) PENDIDIKAN KEMAHIRAN SEPANJANG HAYAT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Kerajaan Negeri mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh tenaga buruh tempatan?

    Jawapan (a) dan (b) akan dijawab secara bersekali.

    Kerajaan Negeri melalui STDC telah mula melaksanakan pengiktirafan kepada pekerja mahir yang tidak mempunyai sijil kemahiran secara berperingkat melalui beberapa inisiatif iaitu:

    1. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

    Kerajaan Negeri menyokong program PPT yang membolehkan pekerja mahir tanpa kelayakan akademik formal mendapatkan pengiktirafan rasmi berdasarkan pengalaman kerja mereka. Program ini membolehkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui penilaian kompetensi.

          2. Peluasan Akses kepada Latihan dan Pensijilan TVET

    Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) menawarkan program latihan reskilling dan upskilling yang disertakan dengan pensijilan oleh pihak industri, bagi membantu mereka mendapatkan pengesahan rasmi terhadap kemahiran sedia ada.

          3. Sokongan kepada Golongan Pekerja Tidak Formal

    Bagi pekerja dalam sektor tidak formal seperti mekanik, tukang paip, penyaman udara, dan bidang teknikal lain, Kerajaan Negeri berusaha memperkenalkan skim khas bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan rasmi melalui latihan pendek dan penilaian khas.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir yang tidak mempunyai sijil kemahiran?

    Jawapan (a) dan (b) akan dijawab secara bersekali.

    Kerajaan Negeri melalui STDC telah mula melaksanakan pengiktirafan kepada pekerja mahir yang tidak mempunyai sijil kemahiran secara berperingkat melalui beberapa inisiatif iaitu:

    1. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

    Kerajaan Negeri menyokong program PPT yang membolehkan pekerja mahir tanpa kelayakan akademik formal mendapatkan pengiktirafan rasmi berdasarkan pengalaman kerja mereka. Program ini membolehkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui penilaian kompetensi.

          2. Peluasan Akses kepada Latihan dan Pensijilan TVET

    Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) menawarkan program latihan reskilling dan upskilling yang disertakan dengan pensijilan oleh pihak industri, bagi membantu mereka mendapatkan pengesahan rasmi terhadap kemahiran sedia ada.

          3. Sokongan kepada Golongan Pekerja Tidak Formal

    Bagi pekerja dalam sektor tidak formal seperti mekanik, tukang paip, penyaman udara, dan bidang teknikal lain, Kerajaan Negeri berusaha memperkenalkan skim khas bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan rasmi melalui latihan pendek dan penilaian khas.

Lampiran

Tiada Lampiran.