Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
351) ISU INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kerja-kerja menaik taraf jalan utama di kawasan jalan-jalan kampung akan dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya?
Tiada jalan-jalan kampung yang melibatkan Jalan JKR
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan kemudahan lampu jalan di lorong-lorong kampung di sekitar DUN Sungai Kandis?
Pada tahun 2025, Jabatan Kerja Raya Selangor telah memohon sebanyak RM 2 juta di bawah peruntukan Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik bagi meneruskan Inisiatif Program Selangor Bercahaya, dan kerja-kerja pemasangan lampu solar dijangka akan dilaksanakan setelah peruntukan tersebut diluluskan.