Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
350) PELAN MITIGASI BANJIR DI SRI MUDA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pelan mitigasi banjir di Taman Sri Muda?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menyiapkan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda Daerah Klang, Selangor pada bulan Mei 2024 menggunakan peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit. Di samping itu, JPS juga sedang dalam pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25, Daerah Klang, Selangor di bawah peruntukan Persekutuan seperti berikut:-
Catatan: Untuk makluman Yang Berhormat, projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASUD) turut dilaksanakan di Taman Sri Muda. Projek tersebut kini sedang dalam pelaksanaan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
-
Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan dan manfaat yang dilihat setakat ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, penambahbaikan pelan mitigasi banjir di Taman Sri Muda adalah dengan meningkatkan tahap perlindungan banjir sehingga 200 ARI melalui pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang, Selangor di bawah peruntukan Persekutuan.
-
Adakah kajian lanjut melibatkan pakar tempatan dan antarabangsa dirancang?
Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini tiada kerjasama antara pakar tempatan dan antarabangsa yang dirancang. Walau bagaimanapun, Jabatan ini akan melihat sekiranya terdapat keperluan untuk mewujudkan kerjasama antara pakar tempatan dan antarabangsa pada masa akan datang.