Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

347) PENIAGA WARGA ASING

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah PBT untuk memastikan peniaga warga asing di Pekan Kapar mematuhi peraturan?

    Bagi sektor penjaja, warga asing tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti menjaja dan penjaja tempatan tidak dibenarkan menggajikan warga asing. Manakala bagi sektor perniagaan dan industri, warga asing yang mempunyai permit yang sah adalah dibenarkan untuk memohon lesen perniagaan atau industri. Sekiranya permohonan diluluskan, pemegang lesen perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut :

    1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menggaji dan/ atau mengambil pembantu/ pekerja warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah selaras dengan peruntukan dibawah Akta Imigresen 1959/63;
    2. Pemegang lesen dilarang untuk sublet lesen perniagaan yang diluluskan kepada mana-mana warga asing;
    3. Pembantu warga asing tidak dibenarkan berada di kaunter jualan atau sebagai juruwang “cahsier”.
  2. Nyatakan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 2022 hingga 2024.

    Tiada kompaun yang dikeluarkan kepada warga asing. Walau bagaimanapun, bagi membanteras isu ini, pihak Majlis mengambil tindakan dengan membuat sitaan kepada mana-mana warga asing yang berniaga tanpa permit yang sah.

Lampiran

Tiada Lampiran.