Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
341) BAGI MEMBINA BENTENG SECARA LEBIH LESTARI SEBAGAI TINDAKAN MENGAWAL HAKISAN PANTAI DARI SITUASI PASANG BESAR DAN SEBAGAINYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang menjalankan kajian teknologi hijau seperti penanaman bakau untuk melindungi kawasan pantai daripada hakisan?
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor tiada perancangan menjalankan kajian terhadap teknologi hijau.
Namun begitu pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melaksanakan penghasilan produk inovasi penanaman pokok bakau dengan menjalankan penyelidikan, mengenalpasti bekalan biji benih yang bermutu serta teknologi terkini yang boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti penanaman pokok bakau dan spesis-spesis yang sesuai di pesisiran pantai. Lokasi yang sedang berjalan adalah di Pantai Sg. Hj. Dorani, Sabak Bernam. Untuk makluman juga, pokok bakau yang ditanam telah membiak dan spesis pokok bakau tersebut adalah dari pokok bakau api-api.
Bagi pihak JPS, kajian berkenaan Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) bagi Negeri Selangor berjumlah RM1,694,231.64 sedang dilaksanakan oleh pihak JPS Malaysia. Kajian ini bermula pada 4 September 2024 dan dijangka siap pada 3 September 2026. Kajian ini meliputi 492.1km panjang pantai di Negeri Selangor. Ia melibatkan lima (5) daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Kajian ini melibatkan kajian bersepadu melibatkan pelan guna tanah, kajian hidraulik pantai, penilaian alam sekitar, kawasan pelancongan, rekreasi dan kawasan bersejarah.