Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

340) PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF PADANG PERMAINAN FUTSAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah padang permainan dan gelanggang futsal yang terdapat di kawasan DUN Kuang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah padang permainan dan gelanggang futsal yang terdapat di kawasan DUN Kuang adalah sebanyak :

     

    Padang Permainan
    Bil. Kawasan Jumlah
    1. Kundang 18
    2. Bandar Tasik Puteri 34
    3. Kota Puteri 8
    4. Batu Arang 7
    Jumlah keseluruhan 67

     

    Gelanggang Futsal
    Bil. Kawasan Jumlah
    1. Kg Melayu Sri Kundang 1
    2. Kg Matang Jaya 1
    3. Taman Impian Indah 1
    4. Kg Melayu Sg Buloh 1
    5. Kg Matang Pagar 1
    6. Kota Puteri 1
    7. Bandar Tasik Puteri 3
    8. Batu Arang 1
    9. Greenvalley Park 1
    Jumlah Keseluruhan 11
  2. Adakah kerajaan ada rancangan untuk menyalurkan peruntukan secara berjadual bagi penyelenggaraan padang-padang permainan dan gelanggang futsal tersebut?

    Bagi penyelenggaraan berjadual seperti sapuan dan pembersihan komponen peralatan bagi padang-padang permainan dan gelanggang futsal dilaksanakan setiap bulan melalui kontraktor penyelenggaraan landskap yang dilantik pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Untuk makluman, skop penyelenggaraan landskap secara berjadual yang dilaksanakan di MPS merangkumi penyelenggaraan landskap lembut (pokok) dan landskap kejur seperti peralatan permainan dan gelanggang futsal.

    Bagi kerja-kerja membaiki kerosakan atau penggantian peralatan permainan dan gelanggang futsal serta komponen landskap yang lain, ia dilaksanakan secara one-off untuk membaikpulih kemudahan taman dan rekreasi seperti peralatan permainan dan gelanggang sekiranya terdapat keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.