Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

338) ISU GISB

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini berkenaan kemajuan pendidikan dan program pembangunan untuk kanak-kanak GISBH?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menyediakan kelas pemulihan akademik sepanjang tempoh kanak-kanak tersebut berada di bawah jagaan JKM. Laporan pelaksanaan menunjukkan tahap 3M kanak-kanak berada pada tahap yang baik. Manakala dalam konteks pemulihan akidah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyediakan pendidikan asas fardhu ain dan al-Quran kepada kanak-kanak tersebut menerusi Program Insan Rabbani dan Program Back to School.

Lampiran

Tiada Lampiran.