Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
317) RANCANGAN PEMBANGUNAN GELANGGANG SUKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina gelanggang permainan pickleball di kawasan DUN Bukit Melawati memandangkan permainan ini semakin popular dalam kalangan belia?
Buat masa ini pihak MPKS tiada sebarang cadangan untuk membina gelanggang permainan pickleball di kawasan DUN Bukit Melawati namun begitu terdapat permohonan pemajuan untuk cadangan pembangunan bagi membina gelanggang permainan pickleball dari pihak pemaju serta operator swasta yang akan dibina di kawasan ECO Grandure Puncak Alam, daerah Kuala Selangor.
Untuk makluman, pihak MPKS sedang memproses permohonan bagi Kebenaran Merancang Perubahan Material Tanah bagi tujuan gelanggang Pickle Ball di kawasan pembangunan Eco Grandeur, Puncak Alam dari Pemaju Athlete for Athelete Sdn Bhd. Setakat ini, tiada permohonan bagi pemajuan gelanggang Pickle Ball diterima di kawasan Dun Malawati