Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
311) PROGRAM MYSEL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur lengkap untuk mendapatkan bantuan melalui Program MySel?
Soalan (a), (b) dan (c) akan dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel telah ditubuhkan pada tahun 2008 bagi membantu menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor khususnya dalam mendapatkan dokumen pengenalan diri yang asas dan penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil kewarganegaraan. Program ini bertujuan memudahkan proses permohonan bagi golongan yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai pengetahuan atau akses kepada saluran yang betul.
Bagi mendapatkan bantuan melalui Program MySel, individu yang menghadapi masalah berkaitan dokumen pengenalan diri boleh membuat permohonan melalui Unit MySel di Pejabat EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan. Semua dokumen sokongan yang berkaitan seperti salinan sijil kelahiran dan salinan kad pengenalan perlu disediakan oleh pemohon bagi memastikan permohonan dapat diselesaikan dengan teratur dan berjalan lancar.
Pegawai Operasi di Unit MySel akan membuat semakan terhadap dokumen yang dikemukakan oleh pemohon dan mengadakan sesi temu duga atau perbincangan bagi melengkapkan dokumen permohonan. Selanjutnya, Unit MySel juga akan berurusan secara terus dengan beberapa pihak mengikut jenis permohonan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk makluman ahli Yang Berhormat sekalian, ingin saya jelaskan bahawa Pegawai Operasi Mysel ini hanya berupaya membantu serta membimbing pemohon dari segi penyediaan dokumentasi permohonan dan borang-borang berkaitan untuk dikemukakan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Segala permohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat semasa di bawah bidang kuasa pihak-pihak berkenaan.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui pelaksanaan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ini tidak berhadapan sebarang isu dalam berurusan dengan pihak JPN mahupun Jabatan Imigresen berkaitan permohonan kewarganegaraan atau imigresen yang dikemukakan oleh pemohon. Malahan, semua pihak saling bekerjasama dalam mengurus dan mencari penyelesaian bagi setiap permohonan mengikut lingkungan skop kerja masing-masing. Jalinan kerjasama di antara Unit MySel, JPN dan Jabatan Imigresen dapat memastikan individu yang menghadapi masalah dokumentasi mendapat sokongan yang diperlukan. Dengan bertindak sebagai pengantara, Unit MySel sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesukaran birokrasi dan mempercepatkan penyelesaian bagi permohonan kewarganegaraan serta dokumen imigresen.
Berdasarkan permohonan yang diterima, terdapat pelbagai punca pemohon program Mysel tidak mendapat dokumen pengenalan diri sebagai warganegara. Antaranya adalah seperti berikut:
- Kelahiran tidak didaftarkan dalam tempoh yang ditentukan;
- Status perkahwinan ibu bapa yang tidak sah di sisi undang-undang;
- Ibu bapa warga asing atau status tidak jelas;
- Dokumentasi yang tidak lengkap atau hilang;
- Kesilapan dalam rekod atau pendaftaran awal;
- Pemohon tidak memenuhi syarat kewarganegaraan Malaysia; dan
- Kes-kes khas seperti anak angkat atau anak terbuang.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mencari solusi terbaik serta memperbaharui kaedah pelaksanaan sedia ada kepada yang lebih efisien bagi memastikan kelancaran Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel sekaligus memastikan lebih ramai rakyat mendapat hak mereka sebagai warganegara Malaysia.
-
Bagaimana MySel bekerjasama dengan agensi persekutuan seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen Malaysia dalam isu kewarganegaraan atau imigresen?

Apakah punca pemohon program MySel tidak mendapat dokumen pengenalan diri sebagai warganegara?