Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

310) ISU KENDERAAN BERAT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap pemilik kenderaan berat yang melanggar peraturan, terutamanya di kawasan sensitif seperti sekolah, taman perumahan dan kawasan komersial di DUN Sementa?

    Di peringkat Majlis Bandaraya Diraja Klang, tindakan pengeluaran kompaun ke atas kenderaan berat dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil 7 (1) Taman (Majlis Bandaraya Diraja Klang) 2005 dengan kadar kompaun tidak melebihi satu ribu ringgit. Mana-mana kenderaan berat yang pernah dikompaun melebihi tiga (3) kali akan dihantar pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk disyorkan pembatalan.

    Selain itu, operasi bersepadu turut dilaksanakan bersama agensi penguatkuasaan berkaitan seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Majlis Bandaraya Diraja Klang sedang giat melaksanakan tindakan tunda kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan atau yang menyebabkan halangan lalu lintas di lokaliti tumpuan bermula Julai 2024. Pelaksanaan tindakan penguatkuasaan ini untuk mendidik pengguna lalu lintas terutama pengusaha/pemilik kenderaan berat agar lebih berdisiplin dalam mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan. Sepanjang Julai hingga Disember 2024, sebanyak 92 kenderaan berat telah ditunda.

  2. Berapakah kompaun yang telah dikeluarkan dan jenis kesalahan?

    Sepanjang tahun 2024, sebanyak 222 kompaun telah dikeluarkan ke atas kenderaan berat di sekitar DUN Sementa di bawah Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Bandaraya Diraja Klang) 2005. Manakala sehingga 14 Februari 2025 sebanyak 09 Kompaun telah dikeluarkan.

     

    Statistik Kenderaan Berat Sekitar Dun Sementa Tahun 2024

    Bil Bulan Undang Undang Diguna Pakai Kompaun
    1 Januari UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 15 keping
    2 Februari UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 48 keping
    3 Mac UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 12 keping
    4 April UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 30 keping
    5 Mei UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 17 keping
    6 Jun UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 14 keping
    7 Julai UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 03 keping
    8 Ogos UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 04 keping
    9 September UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 20 keping
    10 Oktober UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 22 keping
    11 November UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 12 keping
    12 Disember UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 25 keping
    JUMLAH 222 keping

     

    Statistik Kenderaan Berat Sekitar Dun Sementa Tahun 2025

    Bil Bulan Undang Undang Diguna Pakai Kompaun
    1 Januari UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 6 keping
    2 Februari UUK 7 (1)(TMN)MPK 2005 3 keping
    JUMLAH 9 keping

    Nota : statistik sehingga 14 Februari 2025 jam 9.30 pagi

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.