Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
309) PERTANIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan keyakinan kepada petani bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan yang memberangsangkan?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk memberikan keyakinan kepada petani bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan yang memberansangkan. Melalui Jabatan Pertanian, terdapat ramai usahawan yang telah berjaya dalam bidang pertanian dan diiktiraf menjadi Ikon Agro Selangor. Ikon yang terpilih berperanan menjadi duta kecil untuk sektor pertanian di negeri ini selain membimbing usahawan tani yang baharu berkecimpung dalam pertanian. Antara pemenang Ikon Agro Selangor yang mewakili Jabatan Pertanian adalah Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn Bhd, Skyscraper Airhydro Industries Sdn Bhd, Bumi Suria Tech Sdn Bhd, KMK Agro Global Sdn Bhd, Farm Homestay Sdn Bhd, Hong Long International Group Sdn Bhd dan Kasih Hulu Langat Enterprise.
Selain itu, pertumbuhan program Agropelancongan di Negeri Selangor juga menunjukkan perkembangan positif dan memberi keyakinan kepada petani/usahawan bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan yang memberansangkan. Antara lokasi Agropelancongan yang semakin mendapat perhatian pengunjung di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri ialah:
Bil Nama Syarikat Projek/ Tanaman Pendapatan Tahun 2024 (RM) 1. HL Dragon Fruit Eco Farm Projek Tanaman Pitaya 2.9 Juta 2. Nazbell Cottage & Garden Projek Sawah Padi 225,940.00 3. Ros K enterprise Projek IAT (Kerepek) 5.0 Juta 4. Empire Zas Group Sdn Bhd Projek IAT (Hasilan Kelapa) 4.0 Juta 5. KOLAM EMAS SD. BHD. Projek IAT (Bakeri) 2.8 Juta 6. Kataya Enterprise Projek IAT (Kerepek) 1.9 Juta Ini menunjukkan bahawa pertanian boleh menjadi satu perniagaan yang memberansangkan dan boleh dijadikan bidang kerjaya.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang ingin menjadikan pertanian sebagai satu kerjaya?
Setiap tahun Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk pemberian insentif dan bantuan kepada golongan pengusaha sektor pertanian makanan di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri juga di bawah Jabatan Pertanian memberikan fokus kepada memberi latihan/kursus/hands-on jangka pendek dan panjang di Pejabat-pejabat Pertanian Daerah di seluruh Negeri Selangor. Selain tu, penyediaan insentif dan geran keutamaan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian di seluruh Selangor termasuk kawasan bandar selaras dengan objektif dan Dasar Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor seperti berikut:-
- Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan
- Pembangunan Amalan Pertanian Baik
- Pembangunan Produk Hiliran Pertanian
- Pembangunan Golongan Sasar
- Pembangunan Tanaman Padi
- Pembangunan Tanaman Kelapa
- Pembangunan Tanaman Buah-buahan
- Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan
- Pembangunan Tanaman Industri Herba dan Florikultur
- Pembangunan Teknologi Fertigasi
- Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
- Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah dan Kelulut
- Pembangunan Agropelancongan