Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

301) PERKHIDMATAN AMBULANS KITA SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berbanding dengan menurunkan peruntukan kepada setiap PBT, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk membahagikan peruntukan secara rata kepada setiap DUN untuk melaksanakan perkhidmatan Ambulans Kita Selangor supaya dapat bekerjasama dengan lebih banyak NGO tempatan yang menawarkan perkhidmatan yang sama?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengambilan atau pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan pegawai-pegawai awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor dibuat oleh PBT sendiri selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sebagaimana yang diperuntukkan di Bahagian III, Pegawai dan Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

    Pelantikan pegawai-pegawai PBT tidak dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN). Sebaliknya PBT selaku PBM boleh membuat dasar atau peraturan bagi tujuan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan pegawai. Walau bagaimanapun, dasar-dasar atau peraturan tersebut tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau dasar-dasar yang diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan seperti syarat-syarat pelantikan ke gred dan skim perkhidmatan.

    Ini disebabkan penentuan gred dan skim perkhidmatan bagi perjawatan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan PBT atau Kerajaan Negeri terikat dengan sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 112 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.