Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
298) PASAR AWAM JALAN OTHMAN PETALING JAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peniaga-peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya telah mengadu tentang kelembapan perniagaan dan kos penyewaan yang semakin tinggi di bawah seliaan MBPJ? Apakah Kerajaan Negeri sedar mengenai masalah ini dan berhasrat untuk membantu menyelesaikan kemelut ini?
Kadar sewa yang dikenakan bagi penyewa di Pasar PJKITA@Jalan Othman adalah diantara RM 90.00 hingga RM 350.00 (tertakluk kepada jenis perniagaan) dan kadar sewa ini telah dikuatkuasakan mulai Ogos 2020. Antara tindakan yang diambil oleh Majlis bagi membantu penyewa di dalam mengharungi keadaan ekonomi yang pada ketika ini adalah
- Memberi kebenaran untuk membuka operasi pada Isnin (Hari Isnin merupakan hari Pasar ditutup) khususnya pada hari menjelang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa.
- Memberikan kebenaran kepada penyewa yang memohon tambahan petak jualan pada hari-hari tertentu seperti Hari Ponggal untuk membuat jualan tambahan sempena sambutan hari berkenaan.
- Membenarkan penyewa membuat permohonan pertukaran petak jualan ke lokasi jualan yang lebih baik tertakluk kepada kekosongan petak
Membenarkan penyewa membuat permohonan pertukaran jenis jualan perniagaan sekiranya jenis perniagaan sedia ada kurang mendapat sambutan dan ia tertakluk kepada kekosongan petak jualan.