Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

279) BAIK PULIH SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG API-API

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membaik pulih atau membina bangunan baru bagi Sekolah Rendah Agama Api-api, memandangkan bangunan sekolah masih diperbuat daripada kayu dan tandasnya berada dalam keadaan usang?

    Sekolah ini mempunyai 6 bilik darjah, pejabat dan bilik guru dan jumlah murid seramai 211 orang dengan pembelajaran hanya sesi petang sahaja. Jumlah kelas masih mencukupi, bangunan sekolah telah beberapa kali mendapat peruntukan baikpulih. Kerajaan Negeri melalui JAIS akan memberikan lebih tumpuan kepada pembinaan bangunan sekolah di kawasan-kawasan yang lebih kritikal di Daerah Kuala Selangor seperti di Puncak Alam, Alam Perdana dan Bandar Seri Coalfields atau Pristana yang mempunyai lebih kepadatan penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.