Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

272) BANJIR KILAT DI JAYA SETIA, JALAN PINANG SEBATANG DAN JALAN BUKIT PAYUNG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa sehingga kini masih belum ada penjelasan yang terperinci bagi mengatasi isu banjir di kawasan tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam proses permohonan peruntukan dalam Rancangan Selangor (RS) Ke-2 bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Kampung Bukit Kapar, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan dengan anggaran kos sebanyak RM26 juta bagi mengurangkan impak dan risiko banjir di kawasan tersebut. Perincian projek adalah seperti jadual berikut:-

     

    Bil. Tajuk Skop Anggaran Kos

    (RM)

    Kawasan Terlibat Status
    1. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Kampung Bukit Kapar, Daerah Klang,

    Selangor Darul Ehsan

    a)    Perlantikan perunding (Reka bentuk terperinci, SI, kerja ukur, utility mapping)

    b)    Menaiktaraf sistem saliran dari Jalan Iskandar terus bersambung ke Sungai Kapar Besar

    c)    Pengambilan tanah

    d)    Pengalihan utiliti

    e)    Membina kolam takungan

    f)     Menaiktaraf jambatan dan struktur outlet

    26,000,000.00 a)  Jaya Setia

    b)  Jalan Pinang Sebatang

    c)  Jalan Bukit Payung

    d)  Parit Jalan Abdul Latif

     

    Nota:

    Sistem saliran berada di dalam tanah persendirian

    Dalam Proses Permohonan

    Peruntukan di bawah Rancangan Selangor (RS) Ke-2

  2. Apakah langkah yang akan dibuat dalam kadar segera dan berguna?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai langkah yang akan dibuat oleh JPS Daerah Klang dalam kadar segera dan berguna adalah dengan melaksanakan kerja penyelenggaraan di parit Jalan Jaya Setia dan parit Jalan Abdul Latif sehingga ke parit Jalan Iskandar bagi mengurangkan impak dan risiko banjir. Walau bagaimanapun, bagi parit sedia ada yang berada di dalam lot-lot individu adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.