Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

264) ISU LAMPU JALAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) BANDAR TASIK PUTERI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan lampu jalan di BTP tidak berfungsi akibat kecurian kabel, bilakah lampu-lampu tersebut akan diganti atau dibaiki?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah membuat lantikan kontraktor secara sebutharga bagi membuat kerja-kerja pembaikan sementara di keseluruhan kawasan di Bandar Tasik Puteri yang terjejas dengan kecurian kabel bawah tanah. Kerja-kerja pembaikan telah bermula pada 27 Januari 2025 dan dijangka siap pada 24 Mac 2025.

  2. Apakah tindakan pihak PBT bagi membenteras kecurian kabel dari berlaku?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kaedah perancangan jangka panjang, kawasan-kawasan yang menjadi hotspot kecurian kabel bawah tanah bagi lampu jalan awam ini, pihak MPS akan menggantikan lampu-lampu jalan awam sedia ada dengan lampu jalan awam jenis Solar LED bersistem yang tidak menggunakan kabel secara berperingkat.

  3. Apakah tindakan pihak PBT bagi memeriksa, menyelenggara dan membaiki lampu jalan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak MPS mempunyai team in-house bagi memeriksa, menyelenggara dan membaiki lampu jalan awam. Tambahan daripada itu, juga pihak MPS telah melantik kontraktor panel bagi membantu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan awam di kawasan Mukim Rawang.

    Di bahagian yang lain, pihak MPS juga telah melantik syarikat konsesi bagi penukaran lampu jalan awam sedia ada jenis HPSV kepada lampu jalan awam jenis LED dan mengawal selia lampu jalan awam senggaraan MPS tersebut dengan kaedah pemantauan bersistem dikeseluruhan Mukim Batu dan Mukim Setapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.