Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
256) BANTUAN KEWANGAN (BAGI INFRASTRUKTUR) SEKOLAH-SEKOLAH 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan tarikh-tarikh bagi permohonan Program Bantuan Kewangan Sekolah-Sekolah bagi tahun 2025.
Program Bantuan Sekolah Selangor Tahun 2025 telah dibuka mulai 01 hingga 28 Februari 2025 secara atas talian dalam laman web SSIPR. Surat pemakluman telah diedar kepada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Pegawai-Pegawai Daerah, YB EXCO Kerajaan Negeri, YB Ahli- ahli Dewan Undangan Negeri dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri melalui emel bertarikh 31 Januari 2025.
-
Nyatakan tarikh peruntukan yang akan disalurkan kepada sekolah-sekolah bagi tahun 2025.
Penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah akan dilaksanakan bermula April hingga Mei Pemohon hendaklah memastikan pematuhan kepada syarat-syarat dan kecukupan dokumen lampiran yang telah digariskan untuk pertimbangan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Penyaluran akan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada sekolah mengikut kategori.
Agihan peruntukan Program Bantuan Sekolah Selangor Tahun 2025 berjumlah RM26.5 Juta adalah sama seperti tahun 2024. Perincian agihan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut:
BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH PERUNTUKAN (RM) 1. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) 5,000,000.00 2. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 6,000,000.00 3. Sekolah Jenis Kebangsaan/ Mubaligh 1,000,000.00 4. Sekolah Menengah Persendirian Cina 2,000,000.00 5. Sekolah Kebangsaan 1.500,000.00 6. Sekolah Menengah Kebangsaan 7. Sekolah Agama Rendah 11,000,000.00 JUMLAH 26,500,000,00