Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

249) PENURAPAN TAPAK PASAR MALAM PAYA JARAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan Pasar Malam Paya Jaras?

    Tapak Pasar Malam ini diuruskan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paya Jaras. MBSA hanya mengeluarkan Permit berniaga kepada peniaga Pasar Malam (3 hari) dan Pasar Pagi (1 hari).

  2. Bilakah program penurapan dapat dilaksanakan di kawasan ini?

    Menurut perbincangan bersama pihak MPKK Paya Jaras, permohonan penurapan akan dibuat oleh pihak MPKK kepada Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam tempoh terdekat.

  3. Berapakah anggaran kos penurapan tersebut?

    Anggaran kos penurapan yang telah dibincangkan bersama pihak Jabatan Kejuruteraan MBSA adalah sebanyak lebih kurang RM1.2juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.