Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
246) KEBERKESANAN PROGRAM SELANGOR SARING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana kerajaan menilai keberkesanan program dalam meningkatkan kesedaran dan pencegahan penyakit dalam kalangan rakyat?
Kaedah yang dijadikan asas penilaian keberkesanan Program Selangor Saring bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pencegahan penyakit di kalangan masyarakat adalah seperti berikut:
- Statistik Penyertaan dan Jumlah Peserta
Keberkesanan Program Selangor Saring di ukur melalui jumlah penyertaan individu pada program saringan. Jumlah kehadiran individu yang tinggi pada Program Selangor Saring menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Negeri Selangor menyedari kepentingan untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala bagi tujuan pengesanan awal penyakit. Jumlah kehadiran individu pada Program Selangor Saring pada tahun 2024 adalah seramai 9,361 orang, peningkatan sebanyak 47% berbanding tahun 2023 yang mencatatkan kehadiran seramai 4,940 orang.
- Penyebaran Maklumat dan Kempen Kesedaran
Keberkesanan program juga boleh dinilai berdasarkan jumlah keterlibatan (engagement) rakyat Negeri Selangor terhadap kempen program Selangor Saring yang dilaksanakan melalui platform media sosial, iklan dan lain-lain aktiviti promosi yang dilaksanakan.
- Peningkatan Tahap Penglibatan Komuniti
Keberkesanan juga diukur melalui tahap penglibatan komuniti dalam aktiviti program seperti kerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), ketua komuniti dan sukarelawan setempat.
- Maklum Balas Peserta Program
Kerajaan Negeri turut mendapatkan maklum balas daripada peserta program untuk menilai tahap kepekaan terhadap tahap kesihatan selepas menyertai program saringan melalui maklum balas yang diterima. Bagi tahun 2024, seramai 758 orang telah melengkapkan maklum balas program, berbanding 173 orang peserta yang telah melengkapkan maklum balas program pada tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak 338 %.
-
Bagaimana penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan rendah dapat mengakses program ini?
Penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan rendah boleh mengakses Program Selangor Saring melalui kaedah seperti berikut:
- Saringan Bergerak
Program Selangor Saring dilaksanakan secara bergerak ke setiap DUN di Negeri Selangor. Justeru itu, individu yang berada di kawasan luar bandar atau kawasan yang mempunyai akses terhad kepada kemudahan kesihatan boleh menjalani saringan kesihatan di bawah Program Selangor Saring dengan lebih mudah.
- Hebahan Maklumat Program
Untuk memastikan pelaksanaan Program Selangor Saring diketahui oleh masyarakat setempat, hebahan dan promosi Program Selangor Saring dilaksanakan melalui radio, media sosial dan aplikasi SELANGKAH. Selain itu, ketua komuniti setempat turut membantu melaksanakan hebahan promosi Program Selangor Saring.
-
Nyatakan penerima manfaat Selangor Saring dari tahun 2022 sehingga kini, berdasarkan jantina dan etnik.
Demografi penerima manfaat Program Selangor Saring berdasarkan kriteria jantina dan etnik daripada tahun 2022 sehingga 2024 adalah seperti berikut: