Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

240) TAPAK PERNIAGAAN NIAGA DEPAN LOTUS KUALA SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pihak MPKS berkenaan mengatasi permohonan yang terlalu tinggi untuk tapak niaga di depan LOTUS Kuala Selangor?

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    1. Tapak Penjaja di jalan Medan Niaga 1 berdekatan Pejabat KWSP Kuala Selangor adalah jalan susur/ (Service Road) dalam kawasan Medan Niaga Kuala Selangor. Pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor memperuntukkan sebanyak 55 petak penjaja yang terbahagi kepada tiga sesi perniagaan setiap hari
    2. Sesi perniagaan yang diperuntukkan adalah mengikut jadual/giliran seperti berikut:
    2.1  Sesi pagi bermula seawal jam 6.00 pagi sehingga 11.30 pagi
    2.2  Sesi Petang bermula seawal jam 12.00 tengah hari sehingga  6.30 petang.
    2.3  Sesi malam bermula seawal jam 7.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.
    2.4  Menjadikan jumlah keseluruhan petak penjaja yang ditawarkan sebanyak 165 petak

    1. Bagi peniaga-peniaga yang gagal mendapatkan petak berniaga pada sesi petang, pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor menawarkan mereka untuk berniaga pada sesi pagi ataupun sesi malam di lokasi yang sama.
    2. Mereka juga turut ditawarkan untuk berniaga di tapak-tapak penjaja berhampiran seperti berikut:
      a) Tapak Penjaja Hadapan Restoran Rahmaniyah
      b) Tapak Penjaja Hadapan Hotel Sun Inn
      c) Tapak Penjaja Stesen Bas, Bandar Baru
      d) Tapak Penjaja Jalan Perusahaan 2B berdekatan Kompleks PKNS Kuala Selangor.
    3. Bagi peniaga-peniaga yang tidak mempunyai kebenaran berniaga dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor, mereka dikenakan tindakan kompaun dan turut ditawarkan berniaga di tapak-tapak penjaja yang dinyatakan tadi.
  2. Apakah tindakan daripada pihak MPKS kepada peniaga yang tidak mempunyai kebenaran berniaga?

Lampiran

Tiada Lampiran.