Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

236) STATUS PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program pemutihan kilang haram di DUN Kota Kemuning?

    Status sehingga bulan Januari 2025 Program Pemutihan Kilang Haram DUN Kota Kemuning adalah seperti berikut;

     

    SEK. BIL. KILANG BIL. LOT JUMLAH KM JUMLAH PB JUMLAH CF/CCC
    25 54 41 0 0 0
    33 8 4 1 0 0
    32 117 75 11 2 0
    JUMLAH 179 120 12 2 0
  2. Apakah usaha untuk memastikan semua kilang haram diputihkan sepenuhnya?

    Tindakan dan usaha yang diambil oleh MBSA ke atas kilang tanpa kebenaran adalah:-

    1. Mengadakan sesi dialog bersama pemilik tanah / pemilik kilang;
    2. Mengadakan kaunter khidmat nasihat kepada pemilik dan pengusaha kilang;
    3. Menyelaras keperluan jalan bagi lot-lot yang tiada akses kekal untuk jalan keluar masuk;
    4. Membantu menyelaras permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan CCC yang dikemukakan ke Jabatan Pusat Setempat bersama Jabatan Agensi Teknikal;
    5. Menghantar Notis Peringatan kepada pemilik dan pengusaha kilang untuk megemukakan permohonan rasmi berkaitan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan CCC;
    6. Menyediakan syarat teknikal minima kilang tanpa kebenaran; dan
    7. Mengeluarkan kompaun bagi KTK yang beroperasi tanpa lesen.
  3. Apakah sasaran masa yang ditetapkan untuk menyelesaikan pemutihan ini?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa tempoh pelaksanaan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor (Lanjutan) adalah mulai 1 September 2024 sehingga 31 Disember 2027. Sekiranya tiada usaha atau tindakan positif oleh pemilik struktur untuk memulihkan tanah sehingga 31 Disember 2025, tindakan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan mulai 1 Januari 2026.

Lampiran

Tiada Lampiran.