Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
219) STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) UNTUK PENGUNJUNG KONSERT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Standard Operation Procedure (SOP) diwujudkan untuk melaksanakan ujian air kencing kepada pengunjung konsert sebagaimana yang diuar-uarkan oleh kerajaan?
Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pelaksanaan ujian saringan air kencing kepada pengunjung konsert melalui penyediaan SOP bagi tujuan tersebut masih di peringkat penelitian Kerajaan Negeri di mana input dan maklumat daripada pihak industri, penganjur dan masyarakat diperlukan sebelum pelaksanaan inisiatif tersebut. Sebarang keputusan akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Negeri Selangor komited untuk mengekalkan keseimbangan antara keselamatan awam dan kelangsungan industri hiburan sejajar dengan sasaran 8 juta orang pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025.